SELAMAT DATANG KE BLOG FDF (FARISHA, DANIELITA, FATIN)
^
PINTU MASUK MRSM SERTING
Pada 20 April yang lalu, kami telah mengikuti
lawatan ke MRSM Serting. Lawatan ini disertai
oleh 80 orang pelajar tahun enam.
Pada pukul 7:05 pagi, kami sarapan
di kantin dengan hidangan nasi lemak dan air teh. Pada
pukul 7.20 pagi, kami berkumpul di dataran perhimpunan.
Kami diberi taklimat dan mengambil kedatangan. Kami
diberi sebotol air mineral setiap seorang.
Seterusnya, pada pukul 7:50 pagi,kami berjalan di
dalam barisan menuju ke bas. Selepas itu, apabila sampai ke tempat
parkir bas, kami beratur mengikut barisan lalu menaiki bas. 28
Kami selamat sampai di MRSM Serting
pada pukul 10:30 pagi. Sambil menuju ke kantin, kami melihat suasana yang amat bersih dan indah di perkarangan MRSM itu.
Selepas sampai di kantin, kami berkumpul di kantin untuk bersarapan pagi.
Pada pukul 10:50 pagi, kami bergerak ke perpustakaan
Pendeta Zaa'ba. Disitu, kami diberi taklimat tentang usaha untuk capai sesuatu kejayaan. Setelah tamat taklimat, kami meronda di sekitar kawasan MRSM. Pemandangan disana sungguh cantik.
Akhir sekali, kami makan tengah hari pada
pukul 12:10 tengah hari. Pada pukul 1:30 tengah hari, kami solat jama' takzim dia Surau Al-Huda. Sebelum balik, kami berkumpul di sebelah kantin dan beratur dalam barisan untuk menuju ke dalam bas. Pada pukul 2:00 petang, kami bertolak ke sekolah dan tiba di sekolah pada pukul 4:30. Kami dapat banyak pengalaman di MRSM dan sungguh gembira.

Sekian sudah blog ini. Sekian, terima kasih.
Baiklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

